baru balik dari solat jumaat.....sangat terkesan dengan khutbah tadi....memang amat menginsafkan saya kerana tajuk khutbah ini agak bersangkut paut sedikit dengan kita rasanya..pada mulanya saya rasa khutbah kali ini biasa seperti khutbah2 mgu2 yang sebelumnya yang hanya membiarakan soal dunia...tapi kali ini khatib membahaskan tajuk yang bertajuk kiamat...saya tahu tajuk ini sudah selalu didengar oleh kita semua...tapi semasa khatib membaca khutbah tadi saya sering terbayang bayang keadaan yang berlaku pada ketika itu...seperti yang sedia tahu...pada waktu kiamat kita akan disoal,berdiri di tengah panas,disoal dan menunggu lama sehingga tiba giliran kita untuk disoal....tetapi bukan itu yang ingin saya kupaskan pada kali ini tetapi saya ingin kupaskan bagaimanakah keadaan ketika kita disoal....
cuba kita bayangkan keadaan ketika kita disoal ..sesuatu seperti televisyen terpampang menunjukkan perangai kita semasa hidup dihadapan seluruh umat manusia di muka bumi ini....pergh sume kelakuan kite semua orang tahu...kalau yang baik x pe....tp kalau yang tidak baik....hmmm.....sedangkan pesalah yang dibicarakan menutup muka apabila ada wartawan yang ingin merakam atau mengambil gambar...inikan pula apabila semua org mengetahui perangai tidak elok kita disiarkan begitu sahaja..ibu bapa kita yang teramat mempercayai kita semestinya tidak percaya dengan kelakuan anaknya yang dianggap baik berkelakuan teramatlah burok..
pergh....aku cukup terasa bila gambaran2 sebegitu bermain dalam minda aku semasa khutbah tadi...kelakuanku yang kurang elok sentiasa bermain di benak ku....cuba kita bayangkan..kelakuan ini bukan aku yang buat tapi apa yang aku selalu lihat di sekelilingku..lelaki dan perempuan bercium di khalayak ramai...di dunia memang mereka berasa bangga..tetapi bila kelakuan mereka dipaparkan oleh oleh orang ramai dan dihadapan allah...apakah perasaan kita pada masa itu...ya allah...jangan la engkau paparkan segala kejahatanku pada hari pembalasan nanti..aku malu...
takutnyer!!
By saiful
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment